"ADA APA DENGAN PANGKOR"


Salam Sejahtera...

Hai saya OG anak kelahiran Pulau Pangkor,Perak,Malaysia.
Seorang anak nelayan yang sederhana kehidupannya.
Suka ingin berkongsi bercerita dengan anda tentang tempat kelahiran saya yang cantik serta indah ini.
Pulau Pangkor adalah merupakan sebuah pulau kecil yang letaknya disemenanjung barat Malaysia dalam negeri Perak.
Ianya adalah merupakan pusat perikanan yang utama dan tempat peranginan bagi pelancung dalam serta luar negara.

"TEMAN PERCUTIAN ANDA"


PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN:

1. Tempahan bilik / pakej
2. Aktiviti Laut
3. Lawatan
4. BBQ
5.Telematch
6.Pancing
7. Perkhemahan
8.Katering
9. Karoake
10.dan lain-lain

AKTIVITI DARAT

Pusing Pulau

Banyak tempat untuk dikunjungi di Pulau Pangkor. Ini termasuk kesan tinggalan sejarah Kota Belanda di Teluk Gedung dan Taman Fu Lin Kong di mana terdapatnya replika Tembok Besar Negeri Cina. Perjalanan dengan van (untuk 10 orang) boleh diatur. Termasuk lawatan ke Kilang Satay Fish, Pekan Pangkor dan pantai-pantai. Atau anda mahu mengelilingi Pulau Pangkor dengan bot laju. Tentunya ia bakal menjadi pengalaman yang sukar dilupakan.

Tempat-tempat untuk dikunjungi:

  • Lapangan Terbang Teluk Dalam
  • Kilang Satay Fish SPK
  • Tukang bot SPK
  • Taman Fu Lin Kung
  • Pekan Pangkor
  • Kota Belanda dan Batu Bersurat di Teluk Gedung
  • Teluk Segadas
  • Pantai Pasir Bogak
  • Pantai Pasir Ketapang (Turtle Bay)
  • Monkey Bay
  • Pulau Mentangor dan Giam (Lagun Teluk Nipah)
  • Pasir Giam (Coral Bay)
  • Teluk Man
  • Taman Lin Ji Kung
  • Pantai Puteri Dewi
  • Pulau Pangkor Laut